Followers

Petua mendapat meringue yg cantik

Salam semua..mari kita kongsi cara2 untuk mendapatkan me"raen yg cantik..............
Terima kasih utk citarasawam.blogspot.com...sumber dr blog kak wan....thanks....minta share yer


Meringue (Me'raen),, dalam istilah masakan bermaksud putih telur yang dipukul bersama gula hingga kental , jika dicolek dengan jari ia seakan meruncing dihujungnya, kakwan panggil "bertanduk"  atau soft peak.

Di dapur pastri, meringue digunakan dalam penyediaan kek span, kulit pastri berlapis dan pelbagai jenis krim.  Fungsi meringue adalah meringankan adunan kek, mousse dan kastard selain itu ia juga digunakan sebagai lapisan atas pai dan biskut.

 
Petua Mendapatkan Meringue Yang Cantik
1.  Pastikan berat gula dua kali ganda dari putih telur dengan nisbah 2:1
2.  Gunakan putih telur yang segar, ketika mengasingkan kuning dan putih telur, pastikan tiada kuning telur pada putih telur.  Buang ketul putih yang melekat pada putih telur, jika tidak dibuang putih telur tidak akan kembang sepenuhnya.
3.  Mangkuk dan alat pemukul (whisk) hendaklah bersih, kering dan tidak berminyak.
4.  Biarkan putih telur pada suhu bilik.
5.  Masukkan sedikit krim tartar atau setitik dua air limau nipis, ia membantu mencantikkan meringue.

Jenis-Jenis Meringue

French Meringue
Jenis ini paling biasa digunakan dalam campuran kek dan puding.  Campuran putih telur, gula dan cream tartar diputar hingga kembang, lembut dan kental.  Meringue jenis ini tidak tahan lama, selepas dipukul mesti digunakan dalam tempoh 10 minit, jika tidak putih telur akan terasing daripada gula dan berair dibahagian bawah bancuhan.

Italian Meringue
Jenis ini paling baik.  Cara penyediaannya sama seperti French Meringue tetapi gulanya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit air menjadi air gula yang panasnya mencapai 120C mengikut thermometer gula.
Apabila mencapai suhu kepanasan yang diperlukan, air gula panas tadi dituang perlahan-lahan kedalam bancuhan putih telur yang dipukul separuh kembang.  Kemudian diputar selama 5 minit sehingga adunan betul-betul kental, jika diterbalikkan meringue tidak akan menitik.

Swiss Meringue
Swiss Meringue adalah campuran French dan Italian meringue yang digunakan dalam resipi krim mentega atau untuk melapis kek.  Meringue ini boleh dipaipkan dan dibentuk seperti kerang, bintang atau cendawan.  Biasa digunakan dalam hiasan di atas kek dan pelbagai jenis manisan yang lain.

ANDA KE

see you again......................